Tak Ada Tajuk !

Monday

Assalamualaikum, 
err dah lama juga tak update blog !
hari nie saja suka2 nak menaip bukan2 dekat sini..huhu

Malam nie rasa macam nak kongsi 
barangan mekap yg aku pakai n mekap dekat muka !
serius aku tak ada la sampai letak macam2 dekat muka neh.
just nak kongsiii jaa..huhu
sebelum tu sorry r noh gambar malas nak tangkap.
aku ambil dkt pak cik google ja..hehe
  
Pencuci Muka

 
produk : nona sutera
best sangat sebab kulit muka jadi tak berminyak. :))

Toner Muka

produk : nona sutera
pakai sebelum mekap! kulit muka jadi tak b'minyak.

 Bedak

produk : miyami( two way foundation UV protection)
{ 01 } 
kalau malas mekap pakai bedak tabur anak ku punya ja..hehe

 
kadang pakai juga meiko neh ! 
kod 140 :))

Eyeliner/Celak mata/Celak kening/Maskara

gambar tak da ! eheheh
eyeliner pakai cap pasar malam ja !
best sebab bila peluh tak jadi comot pon !
celak mata warna hitam maybelline punya.
warna pekat..
celak kening warna brown dari avon. :))
n maskara silkygirl.

Blusher/Lipbam

produk : simplysiti n lip ice

Lotion

produk : vaseline cocoa glow

ha simple ja kan aku..
tak da nya nak letak mcm2 bagai2 dekat muka..hehe
k lah rasa semput aku nak taip entry neh pon..
bye !

Jom shopping untuk si manja anda.!!

Saturday

Assalamualaikum,
apa habaq ampa semua,.?hehe
ok fine aku tahu aku dah lama tak update
blog n entry baru.. so memandangkan hari nie
aku cuti keja so aku amik kesempatan(ayat nk skema je) neh untuk
update entry tuk korang..heuheu :p

Untuk pengetahuan korang semua aku sekarang
keja dekat kedai yang menjual pakaian n aksesori
tuk baby hingga kanak2 berusia 6tahun.. :)
so aku nak promot lahh kedai aku keja neh..hee
kot2 la ada yang berkenan baju ka apa ka tuk 
baby korang..hehe
so mai sini nak tunjuk sikit koleksi baju tuk anak2 korang. :p










Koleksi Dress










Koleksi Beg









Koleksi Rompers











ok ney je mampu aku share kan antara koleksi
pakaian dekat D'Babies Cutiez.. 
nak tengok lebih lagi korang boleh ke fan page D'Babies Cutiez 
dannnn buat pengetahuan korang semua D'Babies Cutiez tengah 
buat sale habis-habisan tuk penghabisan stok.
sebab insyaallah p'tengahan bulan 3 neh da
stok baru nak masuk..so kami nak perabis stok,
kami bagi discount kaw2 punya..hehe

Kalau yang ada berdekatan dengan pasaraya
 Jerai Plaza Aneka Gurun boleh datang terus ke 
kedai kami di D'Babies Cutiez.. :)
selamat b'shopping..hehehe :)
ok bai.. ^_^

p/s: ada banyak lagi gambar yg belum uplod..

 

REVIEW NOVEL CINTA KONTRAK

Friday

Assalamualaikum,
hyee apa khabar orang2 kampung semua..hehe
fuhh dah lama tak buka blog neh.. malam ney TERrajin pulak
nak update entry baru..heuheu :p

Ok minggu lepas aku ada beli novel baru.
aku memang kaki novel kalau ada novel baru dekat tangan
sanggup baca sampai habis..gigih kan aku..hehe 
so meh2 aku review sikit pasal novel cinta kontrak neh.
ihsan dari pakcik google..malas nak tangkap.. :)

Sinopsis Cinta Kontrak

“Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!” Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

“Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!” selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

Novel cinta kontrak ney novel pertama karya 
Nurul Ain Syuhada, baru berusia 18 tahun..
hebat bukan muda2 dah boleh buat novel sendiri..huhu
novel neh boleh tahan best jugak.. ada part lawak,sedih , happy..
gadis kampung tiba2 khawin dengan jejaka kacak, kaya ney macam
selalu kita baca dekat novel2 lain.. daripada tak suka jadi suka..hehe
yg pasti best jugak lah novel ney..tapi aku kecewa pasal novel ney 
sebab dekat part2 last tuhh ada muka surat yg dicetak berulang
kali..jadi tak best jap.huhu sapa2 yg beli novel ney sama macam aku jugak tak..?
ke aku sorang je yg jadi macm neh..?

haa apa tunggu lagi pegi la cari novel ney..
korang tak kan menyesal punya..jalan cerita dia pon
relax je..hehe apa2 pon selamat membaca kpd yg baru nak beli
novel ney nanti..hehe
ok aku stop dekat sini dulu..kalau rajin aku update 
entry baru lagi..ok bye. :)

p/s: ada sapa2 tahu tak macam mana nak buang shoutbox ek..baru perasan shoutbox dah x boleh guna.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ✿ Bicara Hati✿
Design by Princess Nabilah