LAGU-LAGU DARI CHOMEL MEMANG BEST..CE DENGAR

Thursday

Assalamualaikum,
hyee korang. fuhh baru malam nie terasa nak 
update n buka blog..hehe aku tak da masa 
nak update n buka selalu macam dulu lagi..
tapi malam ney aku rasa nak share something
dekat korang sebab tu aku update blog..heuheu :p

Ok aku neh memang suka layan lagu2 yang
tangkap leleh or jiwang2 macam tuh..heee
so tiap kali online mesti aku dengar lagu2 dekat youtube..
semalam macam mana entah aku terbuka balik lagu dari Chomel..
aku dah lama dah dengar lagu dari Chomel ney..ikhlas aku cakap
memang suara dia best sangat agi sedap dari sesetengah
artis..huhux :p bagi yang tak pernah tengok n dengar lagi lagu2
yang Chomel nyanyi mai sini aku nak bagi korang dengar..

 
Chomel feat Rya..
sweet je kan suara Rya tuh..hehe :p


haa macam mana best tak..?
nak dengar lagi. haa pandai2 korang lah p tengok dekat
youtube tuh.. tak kan aku nak letak semua lagu2 dia..banyak kot..huhux
ok lah aku stop sini dulu..tak larat nak taip panjang2 macam karangan SPM..haha
ok jumpa lagi..bubye.. <3


p/s: rasa macam nak belajar main gitar pulak..hikhik
p/ss: jangan minta aku follow blog korang kalau korang sendiri tak follow blog aku okkkkk...!!



PETUA YANG BOLEH DI AMALKAN~~

Wednesday

Assalamualaikum,
hyee korang semua.. fuh dah lama kot aku tak
update blog. aku tak da mood nak update entry baru sekarang..huhux
tapiiii malam ney aku rajin sikit(sikit je tak banyak)hehe nak share 
petua2 yang boleh di amalkan..so sambil baca boleh la korang tulis 
atas kertas ke petua2 yang korang rasa nak cuba nanti..hehe :)

KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA 

         Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. 
campurkan sedikit air dan secamca besar madu.
         kemudian sapu ramuan pada leher dan muka. 
biarkan selama 15minit, kemudian cuci 
dengan kapas menggunakan air suam. 
hasilnya, kulit tegang, lembab, lembut , segar serta lincin.
amalkan 3-4 kali sebulan
    

MENYERIKAN WAJAH 

        Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat 
nabi di ke dua tapak tangan dan raupkan ke muka
        berserta niat dalam hati supaya diindahkan 
 wajah seperti Nabi Yusuf. # amalkan setiap pagi.

MELINCI DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA

        ambil sebiji tomato masak, lecek sehingga halus.
 kemudian pupurkan di seluruh muka. biarkan
        mengering selama 20minit. bilas dengan air bersih. 
amalkan seminggu 2-3 kali.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR 

         Perahkan air limau purut/nipis di atas kulit kepala.
lumurkan rata2 dan biarkan beberapa jam.
basuh dengan air suam. selain itu, petua ini juga berguna
bagi mengurangkan pening kepala. 

BUANG LEMAK PANGKAL PEHA

         Rebus jintan manis dengan lima cawan air hingga mendidih.
biarkan ia kering sedikit. air tu boleh
         diminum pagi dan petang selama empat minggu.

MELANGSINGKAN TUBUH BADAN

        Ambil dua bijik lobak merah dan sebiji timun
diparut dan diperah airnya. 
campur dengan sebiji air limau
        nipis dan bancuh hingga sebati. minum dua kali sehari
 amalkan sehingga mencapai berat badan unggul.

MENGHILANGKAN PARUT

        Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan
mencampurkan sedikit air. jangan terlalu cair.
       sapukan pada tempat yang berparut. 
biarkan sehingga kering. seelok2 nya amalkan
pada waktu malam
  sebelum tidur.

MELENTIKKAN BULU MATA 

        Ambil daun lidah buaya. sebelum masuk tidur sapukan
lendirnya pada bulu mata. amalkan selalu
       sehingga bulu mata semakin lentik.

MENGHILANGKAN BAU BADAN  

         Potong limau kasturi dan buang biji nya.
kemudian makanlah kulit limau kesturi itu bersama airnya.
         amalkan selalu.. :p

MENGHILANGKAN JERAWAT

Campur bedak sejuk dengan asam jawa..
selawat pada nabi tiga kali. sapukan dimuka 
dan di tempat jerawat. insyaallah jerawat beransur hilang. :)

KULIT CERAH DAN LINCIN

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. semasa
mandi gosokan pada muka dan seluruh badan.
insyallah kulit cerah, lincin dan harum.

MENGEMPISKAN PERUT
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. 
sebatikan dan sapu pada perut. lumurkan atau 
sapu pada perut sahaja. amalkan setiap malam.

ok lah ney je aku mampu share(sebenarnya aku dah x
larat nak taip panjang2 neh)haha untuk korang kalau 
rajin nanti aku share lagi. kay aku stop di sini dulu nanti aku update lagi ok..k bubye..

p/s: sekali-sekala apa salah nya kita guna cara macam ney pulak untuk kecantikan wajah dari buang duit pakai macam2 jenama yang mahal sedangkan hasilnya tak seberapa.. :)

LAGU-LAGU BEST UNTUK KORANG DOWNLOAD!!

Assalamualaikum,hyee korang semua..!
ok sekarang aku tengah bosan sangat2..
tak de apa nak buat so aku nak rajin kan diri 
tolong korang download lagu2 yang best dengan cepat dan mudah..hehe
korang juz klik link dekat bawah neh je ok..!
memandangkan aku suka lagu2 indo
so lagu yang aku nak bagi neh semua lagu indo lah ek..!!



ok neh je aku boleh bagi.
nanti aku bagi lagi link2 lagu untuk korang kay..
selamat mendownload ehh..hehe :)





C.I.N.T.A

Sunday

Suatu petang yang damai.. Di sebuah Taman Tasik yang dipenuhi orang awam yang datang beriadah.. Kelihatan sepasang kekasih sedang ber'dating'..

Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...

Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

Nora Elena : Ermmm....

Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!

Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.

Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

Saya sayangkan awak, tapi..

Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…)

Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..)

Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)

Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…

Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?

Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...

(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)..

 credit to Anna

BERSAMBUNG......

Saturday

Assalamualaikum,
yeeehaaaa, hari ney dapat update lagi..
ok2 meh aku sambung cita dari  entry nie..hehe
sebenarnya aku sangat2 b'syukur mby tahun ney 
tahun tuah buat aku.. sebab apa yang aku nak semua dah dapat..
apa yang aku nak?
ok sini aku list kan benda2 yang aku nak..

1) laptop 
2) handphone
3) camera

walaupon camera yang aku dapat 
bukan lah camera DSLR(insyaallah ada rezki taun dpn nk cmra tu plk)
cam korang yang lain tapi dengan camera ada sekarang dah buat aku 
hepi..

sebelum tu aku nak b'terima kasih buat abang aku
sebab hadiah kan laptop untuk aku..heee~ :p
dan b'juta2 terima kasih buat abah 
sebab beli kan aku moto(masa nak g belajar hari tu),
camera n fon baru..kiki ai sukeee sangat tauuu..haha

laptop apa aku dapat.?
sini aku tunjuk kan..
urmm aku dapat yang macam atas ney jewwwwww... :)
aku tetap suka ok.. janji ado..kau hado..? ngeh3x..

camera pulak?
camera aku dapat yang macam atas ney..
ok lahh kan dari tade..!!!

dan last sekali fon.?

ok la tuhh walaupon bukan
blackberry janji ada rupa sikit2 kan..hahaha
janji aku ada..kiki

taraaaaaaaa ney apa yang aku kata dekat atas..
nanti ada yang kata aku tipu pulak..
gigih tawww aku tangkap..haha :p

ok ney je cita asal dari entry nie..hehe
bukan nak menunjuk2 juz nak kongsi dengan korang 
semua je.. lagi pon ney blog aku, suka hati lah 
kan nak cita pasal apa..huhux :p

ok lahh tak larat nak taip lagi..aku stop
dekat sini dulu..jumpa di lain entry(insyaallah klo panjang umo)
take care..bui3x..

ehh t'sesat dekat sini pulak pic aku..haha..ok bai.. :p








Rezeki Mencurah2 Raya Tahun Ney ^_^

Thursday

Assalamualaikum,
hye awak,awak semua..
sebelum tu nak ucap selamat hari raya sekali lagi.
macam mana raya kali ney best tak. banyak tak dapat duet raya tu?hehe
  
ok mai2 sini aku nak tunjuk sikit pic raya dkt korang.
tada la banyak(byk sbnrnya) tapi ada la tuk korang cuci2 mata
nengok gambar2 tu..kiki :p

gambar tuan blog harussssss yg p'tama yeahh..kiki :p
taun ney kaler merah.
awak semua kaler apa ek?

aku lagi..weee~

lagi dan lagi..kiki sja nak bagi mata korang fening nengok kaler merah tu~~

aku wif anna..ok ney mbr aku..nama dia Anna.. cantek kan..
dia pon ada blog..korang boley la klik dkt nama dia tu.~~

tak payah kenal kan lagi kot..heee~

aku n afiqah..yg belakang tu kacau jew.. :p

sahabat selama nya~~


aku lagi..haha ^_^

:p




ok lah ney je tuk entry kali ney..gambar banyak sangat..
kalau rajin ada la entry ke dua..hehehe
nak cerita banyak2 pon malas nak taip 
panjang2.. entry kali ney juz tayang gambar je lah..
boley camtu..hehe
k lah aku stop di sini dulu..
nak g tido dah.. jumpa lagi.. 
bui3x.. *_*

p/s: tajuk lain cita lain kan..hahaha..tunggu entry lepas ney kay..jangan marah t kena jual..heee~







Ucapan Hari Raya Dari Cik Syifa

Sunday

pic dari p.cik google


Assalamualaikum,
yuhuuu orang2 kampung semua..
apa kabar?? macam mana posa cukup tak.?hehe
b'siapan raya macam mana? baju raya kaler apa?
aku nak update blog ney pon amik masa gak..hehe
aku tada idea sebenarnya taw..ngeh3x..
entry2 aku sebelum ney pon semakin merapu..

Err sebelum tu aku nak tanya korang perlu tak
aku salin kulit tuk blog aku ney..
aku sendiri pon dah rasa bosan dengan yang sekarang ney..huhux.
aku ingat lepas raya ka baru nak upah orang edit semula 
tuk blog aku ney..ok tak..??
dekat sapa aku nak tempah kali ney..?
seperti biasa la aku juz akan tempah dari akak nabilah je..
kalau korang tengok blog aku sekarang pon akak nabilah gak
yg buat kan..so aku sangat b'puas hati n better aku tempah dari akak tu gak.. :)

ehhh dah melalut dah aku ney..ok2 b'balik pada cita asal.
aku juz nak ucap kan SELAMAT HARI RAYA buat korang semua,,
aku mintak maaf ek kalau ada salah n silap or t'kasar bahasa
dengan korang..raya ney jemput lahh datang rumah. :)

kay lahh aku rasa cukup la setakat ney dulu.
banyak keja lagi nak buat ney..
bagi yang memandu tuk pulang ke kampung halaman tu
hati2 la ye..sekarang musim hujan..
jaga diri tau. jangan main mercun kang putus jari..heeee~
kay buibui.. :)

kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan di simpan di dalam hati










tak nak letak tajuk boleh?

Thursday

Assalamualaikum,
hyee apa kabar korang semua..
macam mana puasa ok tak? hehe
err aku dah lama aku tak update blog.
makin lama aku dah kering idea dah nak update blog ney..
lagi pon sekarang aku sibuk sangat dengan kelas + assignment pulak banyak..
letih sangat2..urmmmmm..
  

ehh korang pejam celik pejam celik dah masuk 19 hari dah 
kita semua b'puasa..tak lama lagi nak sambut raya dah..
macam mana dengan p'siapan raya korang semua..
baju raya dah beli ke? kaler apa taun ney ek..hehe
aku?? urmm aku belum sempat nak g shoping mana2 lagi
lahh sekarang betul2 bz. mby taun ney baju raya aku kaler
merah kot..hehe sebab tak penah lagi beli kaler merah..

urmm ok lahh aku dah tak tahu nak tulis apa lagi..
klu dulu ada je aku nak tulis panjang2 sekarang tada dah.hee
aku tinggal kan korang dengan lagu raya ehh.
silaaaa lahhh layan dengan penuh perasaan..ngeh3x..
kay bui bui.. :)

selamat hari raya..kiki :p





makin menyampah pulak aku dengan dia ney!!!

Monday

Assalamualaikum,ok hari ney aku dapat update lagi blog aku..ney pon pinjam laptop orang jap..aku dok sini mana ada laptop sendiri..dekat rumah aku pakai pc ja..laptop abang aku pon aku tak sentuh..ok2 aku bukan nak cita pasal laptop tapi aku nak luah rasa tidak puas hati aku dengan budak sebilik dengan aku ney..

ok fine aku bukan lah nak berkira harta benda aku, aku pon faham bila dah dok sekali ney boley la nak bagi pinjam or kongsi sikit2 barang n makanan kita tapi kalau semua makanan aku hang rembat apa kejadah nya woii.. hang siap boley kata "makanan kami beli ney tak habis2 lagi pon"..watteeeee ney yang aku nak mencarut ney..hello cik kak macam mana makanan hang tak habis2 kalau semua aku punya hang rembat..meggi aku mula2 hang kata nak try rasa, ok aku bagi lah mby hang tak penah makan meggi tomyam KOT tapi lepas tu hang kata nak makan lagi ok lahh aku bagi lagi..dah tu milo aku pulak hang rembat..tak pa lah aku bagi lagi, sekarang beras aku pulak hang dok guna padahal aku tak makan pon nasi hang masak tu..!! beras yang hang beli 5kilo tu hang tak mau guna pulak..ya allah agak2 la wey..tadi hang main makan ja roti orang lain..aku tau la hang suka makan roti jangan la p makan orang punya..atoii masalah toi..!!

aku sebenar nya dah meluat dengan gelagat hang tau dak..kalau dak2 dalam kelas makin meluat dengan perangai hang ney kan pulak aku yang tiap hari dok mengadap muka hang..sori la kawan aku dah mula benci dengan hang lahhhhh....!!!! aku bukan nak b'kira barang2 aku tapi hang ney jenis tak sedar diri..dah la awal2 dulu hang sembang kemaih(cakap besar) kata ada ipad lah,hanset touch screen lah apa lah tapi haremmmm non hado..cakap ja besar..barang2 dalam rumah ney pon aku yang bawa,mulot hang tu kata nak bawa tu la ney lahh tapi habokkkk pon taraaaaa...urghhh benci nya aku dengan orang macam ney..

err sori lah korang semua entry aku kali ney agak kasar,aku dok sini aku tak tahu nak luah dekat sapa..aku pon bukan lah nak sangat kutuk or mengata dia ney tapi bila dah semua benda orang dia nak guna mampos la camtu kan..aku pon bukan nak b'kira sangat tapi dah sampai macam ney agak melampau lah..aku malas nak kata apa, aku lebih suka diam ja..kata satgi kecik hati n tarik muka pula..susah la macam nie.. +_+

kay lah aku taip panjang2 dah la dia ada dengan aku ney..hehehe kantoi kang..hahaa..kay lah sori lah buat korang baca entry aku yang entah apa2 lagi..kay bai2.. =)

muncul kembali =)

Friday

Assalamualaikum,yuhuuu apa kabar korang semua..lama sangat aku tinggal kan blog neh.makin lama rasa macam malas nak aktif macam dulu lagi..  yala bagi yang tahu aku sekarang dah sambung belajar life aku memang sibuk la,.lain sangat dengan kehidupan time sekolah dulu tak pon masa sebelum pegi study ney..kalau dulu dekat sekolah kadang2 keja rumah yg cikgu bagi tak buat(ok fine aku la tuh) tapi bila dah masuk alam neh semua keja kena buat dengan sebaik mungkin.tak boleh malas2 lagi, nak tak nak tetap kena buat..!!

Dan bila dah ada di tempat baru ney,memang kita akan b'jumpa dengan orang2 yang lain latar belakang nya..! ada yang menyenangkan hati, tak kurang juga yang bikin panas hati. macam2 ragam orang di sekeliling kita.. tapi yang aku tak suka skali bila jumpa dengan orang yang sembang kemaih(ckp besar) + suka dok menipu..agak2 la nak buat cita pon, benda kalau kata tak dak tak pa bukan orang nak mengata tapi tak payah dok cakap kau ada ney,kau ada tu padahal apa pon taraaaaaaaa..kau buat macam tu orang lagi tak suka..urghhh aku memang macam nak lempang je orang macam tu.dah la jenis perasan bagus tu satu hal.macam2 betul kau ney..

ok lah aku pon dah tak tahu nak taip apa lagi..entry kali ney lebih kepada luahan hati aku selama aku ada di tempat orang saja..mby lagi jarang kot aku nak update at blog ney.dulu rajin la juga aku nak update tapi sekarang macam dah malas sikit..ngeee~ tapi aku tak kan stop tuk b'blogging lah..aku still sayang dengan blog kityy aku ney cuma aku akan lebih jarang update saja..apa2 pon thanks pada yang sudi folo blog aku neh..ok lah aku dah mengantuk esok nka pegi mandi sungai dengan kwn2 aku..aku balik cuti kejap so nak lah juga jumpa kwn2 at gurun ney..rindu kot..hehe.ok lah panjang umo b'jumpa lagi di lain entry..kiki. :p bai2

entry terakhir dari aku =(

Monday


Assalamualaikum,
hye koranggggg.. ney entry terakhir
dari aku buat masa sekarang sebab esok 
aku dah nak pegi dah.. aku nak pegi mana
korang boley baca di sini..
aku pon dah siap kemas2 barang dah..
malam neh malas nak online..
nak tidor awal so aku update sekarang la..hehe
 lepas neh lagi jarang lah aku nak update blog neh..hehe
korang sila lah rindu dengan aku eh silap,
sila lahhh rindu dengan blog kitty aku neh..ngeh3x..
sebelum tu aku nak mintak maaf kalau ada
salah n silap aku selama aku b'blogging neh..
or ada yg tak puas hati dengan aku..aku mintak maaf kay..
mcm hari raya pulak..hehe..

ok lah malas nak taip panjang2, jap lagi
aku nak kuar jumpa kawan2 aku..
korang semua sila setia dengan blog kitty aku neh ok..haha
bagi yg 1st time datang blog aku jangan segan2 nak follow ok..
nanti aku dah online aku follow balik..
ok la bye2 semua.. panjang umur jumpa lagi..
=)

gambar semalam kuar dengan kawan2 aku..
pic gelap pulak..

KISAH SEDIH PASANGAN NORMA DAN TALIB

Friday


Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...


Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..





Tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..





anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya





Siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan





Talib dan Isteri

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..



Tangan Norma yang lebam


Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..

kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



Cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....

PERHATIAN: entry nie aku amik dari blog nie..

semoga akak Norma dan suami beliau tabah hadapi ujian ini... 


Jom Join Giveaway Gadis Desa

klik banner kalau nak join..

saat2 akhir aku nak on9 neh baek aku update blog dengan join GA2 neh..haha




GurlsCloset Giveaway

Assalamualaikum,
yuhuu orang2 kampung semua,
cik syifa nak join GA lagi..menang tak jugak..hehe
tak pa2 rezeki ada di mana2..ngeh3x..

klik banner kalau nak join..
hadiah agk lumayan..hehe..
aku join ska2 je.. bosan tak de buat apa.. =)
korang yg lain join jugak taw..








tinggal lagi 5 hari je lagi =(

Thursday

Assalamualaikum,entry ke dua tuk hari ney..hehe ok aku sekarang tengah menghitung hari je tuk melangkah keluar dari rumah neh..ngee~  aku lari rumah? ehh bukan2 aku tak mungkin lari dari rumah..tapi aku nak pegi sambung belajar lah tak lama lagi(mmg tak lama la kan)..hehe

urmmmm...rasa takut pulak, sebab aku tak penah b'jauhan dengan mak ayah aku..lagi pon aku tak penah tinggal dekat asrama jadi aku tak biasa hidup dengan orang lain(maksud aku orang yg tak kenal)..aishhh macam mana la hidup aku lepas neh..semua segala hal nak kena urus sendiri. jangan baru sehari aku ada dekat sana aku nak nangis2 sudah la..khekhe..

sumpah weh aku memang tak leh kalau tak tengok muka mak ayah aku sehari..kalau mak aku ada krusus keja aku ok lagi..kalau nak suruh aku pegi tido rumah sedara aku jangan harap la kalau mak ayah aku tak da..aku ingat lg masa aku darjah 4 ke 5 entah(x engt) aku dengan akak aku kena tinggal dekat rumah sepupu aku sebab mak ayah aku nak pegi mana entah time tu(lupa gak)..time siang aku boleh gelak2 lagi mai time malam aku dah tak leh tido..akak aku dengan sepupu aku dah tido aku apa lagi mula buat konset air mata kasih(nangis diam2 sbb x nak yg len tahu).. n kalau tak silap aku seppu aku t'jaga kot dia tanya napa nangis aku kata aku nak balik..tolong kol mak ayah aku datang amik..mby time tu sppu aku dah tension gamak nya tgk aku dok nangis dia bwk aku g tempat fon rumah tu..time tu kecik lagi mana ada nset sendiri(tp zmn skunk darjah 3 dah ada nset,hebat adk2 skunk)..pagi2 buta kol ayah aku,lepas ayah aku angkat aku cakap "mai la amik adik, bila nak balik sini" aku ulang tanya benda yg sama..ayah aku pulak janji esok nak balik ok terus hepi..lap air mata terus masuk bilik tido..tunggu sok tak balik lagi aku kol lagi, mak aku pulak cakap sok balik..ok hari tu betul mak ayah aku balik tapi sebelum mak aku nak datang amik boleh bilang dengan jari jemari hingga ke jari kaki lah kan berapa kali aku kol..hahaha rasa nya melambung2 tak bil telefon rumah sppu aku tu??hehe tp yg buat aku lagi nak nangis mak aku sampai malas nak angkat dah kol aku sebab asyik tanya benda sama "dah sampai belum"..haha..sampai macam tu sekali kan aku neh..so bila dapat sambung belajar neh buat hari2 aku tido tak lena..asyik pikir benda sama..mcm mana kehidupan aku lepas neh..

sekarang tinggal 5 hari lagi..blog memang aku tak boleh nak jaga mcm selalu.padahal tak pegi belajar lagi pon blog memang terabai..hahaha...apa2 pon korang doa kan kejayaan aku ok..aku nak belajar sungguh2(mcm poyo tp lantak lah)..aku nak balas jasa mak ayah aku dengan kejayaan aku nanti..insyaallah..kay lah macam panjang pulak aku karang penat korang nak baca..ngee~ ok bai.. =)

sila lah rindu dengan sy nanti..hehe


p/s: yang baru datang terjah blog neh sudi2 la follow..hehe jgn risau wlaupon aku jarang update korang jgn mls nak follow n jengok blog aku pulak..haha


"GiveAway : "One Klik One Present by Lyssasecret"

Assalamualaikum,
ok kali neh aku nak join GA dari blog lyssa secret..


klik banner kalau nak join..


ok bai.. =)


Tips penjagaan rambut dengan cara yang betul..

Friday

Assalamualaikum, ok neh entry ke dua untuk hari neh..aku tak mau bila orang masuk blog aku terus baca entry pasal contest(maksud aku entry last aku) so aku kena update apa2 lah nak elak hal macam tu t'jadi..ngeee~
ok kali nie aku nak bagi tips sikit pasal penjagaan rambut dengan betul dan punca dia sekali..aku mengaku aku pon sekarang ada masalah rambut gak tapi bukan pasal kelemumur cuma rambut aku sekarang asyik gugur..tak tahu la apa punca.so meh baca kay..

terdapat tiga jenis rambut:

  • rambut b'minyak
    jenis rambut neh mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan b'minyak. basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut..apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.
  • rambut normal
    rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yg mengeluarkan minyak dengan cukup. rambut tidak cepat kotor dan mengembang. rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengembalikan kelembapnya.
  • rambut kering
    rambut jenis ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak.ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjer lemak sangat sikit dan kurang aktif. rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila di sikat. ini biasa berlaku apabila rambut di ikat kuat. terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.

    setiap wanita akan mengalami masalah rambut yg sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. namun ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah tersebut.
    kelemumur berlaku pada kulit kepala yg sudah mati, kering, dan bersisik. berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10% daripada keseluruhan kulit kepala. kelemumur bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. jangan bimbang ia adalah perkara normal. mungkin disebabkan perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai. biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yg serius. namun kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah.. keguguran rambut biasanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan kulat, bakteria atau menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan, diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat vitamin, dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, melurus atau kerintingkan rambut.

  • cara atasi rambut gugur
    jika rambut anda sering mengalami keguguran , ini bermakna rambut anda kering dan kurang vitamin E. Untuk mengatasi masalah ini, lumur minyak bijan pada kulit kepala sebelum tidur. syampu dan bilas dengan bersih pada keesokan hari nya.

  • jaga rambut dengan betul seperti:
  1. jangan terlalu kerap mewarnakan rambut.
  2. pastikan pewarna rambut tidak terkena pada akar umbi rambut kerna ini boleh merosakan skruktur rambut.
  3. dapatkan nasihat doktor sebelum mewarnakan rambut 
  4. pilih pewarna yg tiada bahan berbahaya kapada struktur rambut.
  5. setiap kali cuci rambut pastikan syampu benar2 bersih, kerna bilasan yg tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelumumur.
  6. urut kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan rambut.
  7. menyikat rambut ketika basah menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut menjadi kering.
  8. selepas bersyampu guna perapi rambut. tidak kira lelaki ataupon perempuan perapi rambut diperlukan  untuk melembapkan rambut.
  9. hindarkan rambut daripada terdedah kepada sinaran matahari kerana ini boleh merosakan struktur rambut.
  10. makan makanan berkhasiat , bersenam , jangan merokok dan minum minuman beralkohol.

    ok panjang bukan..penat baca..hehe..ala jangan mengeluh la apa salah nya kita menambah lagi ilmu pengetahuan dengan baca tips yg aku bagi neh..mana tahu nanti ada di antara yg baca neh mengalami masalah rambut..heee~  memandangkan aku sekarang mengalami masalah keguguran rambut apa la punca nya kan..ok memang zaman sekolah dulu aku asyik warna rambut aku..mby sekarang baru kena effect dia kot..dulu ok sekarang aku dah tak buat semua tu..err.. ok lah aku harap dengan tips yang tak seberapa neh boleh membantu masalah rambut yg korang alami sekarang..kay lahh aku stop di sini dulu..mata dah pedih sebab tak tidur dari semalam..kay baibai..


Contest Mata Menawan

Assalamualaikum,
yuhuuu selamat pagi dunia..hoho
rajin sungguh jari jemari aku taip pagi2 neh(xtido dari smlm)..
dah la tu update entry pasal contest pulak..
ahh gasak lahh aku tengah bosan sangat..
lagi pon aku di tag dari dak si nana neh..
aku sebenar nya dah malas nak join mana2 contest sebab
menang tak jugak..hahaha yala aku join contest yang nak
kena mintak tolong orang LIKE gambar kita..
friends dekat fb tu ribu++ gak dan nak mintak orang like 
memang senang tapi yang nak tolong tu lah 
belom tentu nak bantu kita..!!
ok fine aku terasa bab tu..hahaha... dan aku rasa contest neh tak perlu
guna bantuan orang lain untuk jadi pemenang jadi
 aku dengan bangga diri nak join..haha
kalau ada rezeki ada lah..ngeh3x..

klik banner kalau nak join.. =)

tetiba pulak fon aku boleh t'flash(ter  ok) tu yg nampak b'cahaya semacam..haha



^^ saya suka pakai contact lens kerana saya
akan t'senyum bahagia bila melihat mata saya yg sepet
 menjadi bolat(bulat) macam bola2 api..hehe.. ^^

ok bai.. kiss

p/s: sila abaikan muka aku yg dah tak macam rupa orang sebab baru balik dari mana entah time neh..!!




Untung ada dusun buah sendiri bila musim tak payah susah2 nak beli..!!

Tuesday

Assalamualaikum,hye awak,awak semua.. fuhh lama gak tak update blog..bukan sengaja tapi tak da apa2 yang best tuk di kongsi kan..hehe.. nampak tak tajuk entry aku kali neh, panjang bukan main lagi kan..hahaha.. ok minggu lepas mak ayah aku ada balik kampung sebab nak balik g amik buah yang dah masak sebab tok aku kata buah manggis dengan durian dah masak..ada yg dah jatuh ke tanah (betul kan owg kata jatuh ke tanah)..so mak2 n pak2 sedara aku ada yang dah balik amik buah dah..aku tak ikut balik sebab ada hal time tu..aku neh memang dah lama mengidam(mcm owg mengandung plk main ngidam2 bagai) nak makan buah durian dengan pulut.. aku suruh ayah aku beli buah durian mak aku tak kasi kata tunggu ja musim dia nanti balik kampung p kutip makan puas2.. err syifa makan durian?  eeuww!! ahh sudah tak payah nak eeuww sangat la.. aku memang suka makan durian ok..!!  yang tak suka tu pegi jauh2..heee~  tapi aku kadang2 hangin jugak bila dah beli  isi dalam dia ada yang tak masak la,isi dia rosak la..erghhh tension betul!! dah la mahal pastu isi tak elok,luar ja nampak menarik..!! ok2 dah malas nak tulis pasal durian tak elok tu..sakit hati je bila ingat..!!

B'balik pada cita asal..memandang kan aku tak ikut aku tunggu dekat rumah ja la mak ngn ayah aku balik..haiyaaa mak ngn ayah aku neh kalau balik kampung mesti lepas isyak baru nak b'tolak balik..aku dah la lama ngidam buah durian tu..apa boleh buat sabar je la..tik tok tik tok(bunyi jam) dekat pukul 10.30 gak mak ayah aku sampai..aku terus pegi dekat keta ayah aku tengok banyak mana bawak balik buah..dan penantian aku b'akhir bila nampak buah durian2 tu.. banyak jugak ayah aku bawak balik..buah manggis pon sama..nyum3..hehe  dan aku apa lagi tak kan tengok ja terus angkat buah durian tu tuk di kopek..malam2 makan durian, ahh gasak lah janji aku dapat makan..hehe..fuhh isi dia memang cantik n sedap la..biasa la durian kampung,bukan durian bandar..ngeh3x..macam tak da kena mengena ja..hahaha.. nak tunjuk gambar durian aku tak tangkap pulak..tapi gambar buah manggis ada..akak aku makan time tu..aku kata kupas la nak tangkap gambar nak letak dekat blog(hampa tengok pulon ka dak aku neh)hahaha... ada aku kisah..ngeh3x.. 

tadaaaaa itu buah manggis bukan durian..
saja nak gitaw kot2 ada yang buta buah ka..haha 

ha tengok2 puteh gebu ja kan isi buah manggis tu..

terliur tak tengok buah manggis2 tu..haha


ok tu ja aku nak tunjuk tuk entry kali neh..haha..t'bukti aku sebenarnya tak dak idea nak update blog selalu macam yang lain2..neh ja la yang aku mampu tayang..haha..tapiiiiiiiiii lepas neh lagi jarang kot aku nak update blog sebab...tak pa lah nanti2 ja lah aku bagi tau..aku tengah menghitung hari ja..sob sob T___T..crying
kay lah kang melimpah ruah pulak air mata aku ke dalam gandum..hoho panjang umur jumpa lagi..baibai.. kiss

apa yang tersirat di hati insan bernama lelaki

Saturday

Assalamualaikum,selamat malam semua..malam2 camnie tak da buat apa so nak update la blog neh..entry sebelum neh aku tulis pasal follow lah seikhlas hati anda,aku ada tulis kan followers aku dah 189..jap je lepas tu dah cukup 190,esok nya aku tengok balik dah jadi 189 balik..sob sob.. :'( mungkin ada yang tak suka kot cara aku tulis tu..urmmm..tak pa lah,abaikan je lah...

Ok hari tu aku ada tulis entry pasal rahsia wanita kan..so hari neh aku nak share pulak apa yang tersirat di hati insan b'nama lelaki pulak..hehe..aku dapat info neh pon dari kawan aku..entah lah mana dia ambik,aku tak tanya pulak..apa yang aku boleh kata bagi kaum hawa di luar sana t'masok lah diri aku sendiri kalau korang sudah b'jumpa dengan seseorang yang korang yakin boleh membahagia kan korang n b'tanggungjawab jangan lah lepas kan lagi orang seperti itu lagi ok.jangan menyesal kemudian hari..mungkin lepas si dia b'lalu pergi belum tentu korang akan dapat orang sebaik dia sebelum neh..kalau ada apa2 masalah  selesaikan dengan cara baik,jangan buat keputusan terburu-buru bila rasa seolah2 p'hubungan korang tidak dapat di selamatkan lagi..so meh kita baca sama2 apa yang t'sirat di dalam hati insan b'nama lelaki..uhuhu..

  1. kecantikan korang diketepikan , keikhlasan korang diutamakan..
  2. apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya..
  3. si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. ( tidakkah korang teharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi korang,itu membuktikan cintanya begitu kuat pada korang.)
  4. sentiasa menghiburkan hati korang dikala gundah. sentiasa b'sungguh melakukan sesuatu untuk korang.
  5. jangan korang anggap teman lelaki korang seorang yang kuat membebel,sekiranya setiap masa cuba memberi korang nasihat. ingat nasihat b'maksud mengingati..
  6. jika sudah sayang macam2 akan korang fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan nya. begitu juga jika teman lelaki korang menyatakan dia selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan korang. ini b'makna dia selalu fikirkan bagaimana untuk menyelamatkan nya dari berakhir begitu saja.
  7. ada juga lelaki yg cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yg diperkatakan nya tidak di ambil perhatian,lebih2 lagi dari orang yg dia sayang. bagi nya korang b'sikap acuh tiak acuh. hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu ,tambahan pulak sekiranya korang boleh menjadi pendengar setia apabila b'sama orang lain. pasti dia merasakan diri nya tidak b'guna pada korang..
  8. lucu tapi itu lah hakikat nya apabila teman lelaki korang berperangai tidak ubah seperti anak2 kecil semata2 untuk mendapat perhatian daripada korang..si dia mahu b'manja dan inginkan kekasih hati nya melayan nya lebih daripada orang lain yang pernah korang sayang. kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah korang memujuknya..
  9. korang hadapi masalah dan orang pertama yg datang membantu korang adalah teman lelaki korang. ( tandanya dia tidak mahu melihat korang susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.)
  10. sekiranya teman lelaki korang  sentiasa bertanya kan soalan yang sama , " you masih sayang i?" jangan anggap itu satu soalan yang membosankan. itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang korang kepadanya menjadi luntur. sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar korang tahu betapa si dia sentiasa mahu korang ingat korang sudah dimiliki oleh nya.
  11. bila si dia tidak suka korang memakai pakaian seksi,ia b'makna dia tidak suka korang diperhatikan lelaki lain walaupon berlengan pendek..
  12. dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengan nya..
  13. kalau ditinggalkan oleh kekasihnya,ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasih nya kembali kepadanya.. =)
  14. dia tidak suka korang keluar malam, tanda ingin mnjaga pandangan orang terhadap korang..
  15. dia tidak akan berlaku curang kepada kekasih nya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasih nya. dan yang terakhir
  16. dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasih nya.. =) 
    dah habis baca..? penat tak..hehe kita berhenti coffee dulu.. ok dah.. so apa pandangan korang lepas baca di atas tu..mesti rasa nak miliki laki yang macam tersebut bukan..hehe dan yang paling penting  HARGAILAH lelaki dan terima lah mereka seadanya.. berilah diri korang peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.. ok lah neh je untuk entry kali neh.. apa2 on kalau ada salah n silap harap di maaf kan ok..huhu.. kay baibai.. =)


    follow lah seikhlas hati anda.. =)

    Thursday

    Assalamualaikum,ehh jap2 jangan lah tekan [x] tiba2 dengar lagu keluar dari blog neh.. yela2 aku taw tak ramai yang suka masuk blog yang ada lagu neh.. :'( memekak kata nya...!! tapi neh aku letak radio ok..
    ok lahh tu bukan satu lagu je b'kumandang..huhu

    Ok b'balik pada cerita asal aku agak tak puas hati lah dengan sesetengah orang tu.. korang datang tegur lepas tu kata konon2 dah follow blog aku,pastu korang nak aku follow balik..ok aku neh bukan la jahat sangat sampai tak follow blog orang lain.ramai dah blogger2 lain aku dah follow blog dorang.. tapi jangan lah tulis kata dah follow tapi bila aku tengok dekat followers aku orang yang sama je tak da (+) pon followers..aku tiap2 hari ok tengok siapa yang datang follow blog aku..so bila ada yg kata dah follow tapi sebenarnya tak
    aku hangin gak lah..korang buat2 kata dah follow dengan harapan orang akan follow balik..kan tak 
    elok buat macam tu..aku pon tak ada masalah nak follow blog orang lain,dulu masa awal2 ada blog tujuan aku sebab suka2 saja..tengok kawan2 ada blog aku pon nak.dan alhamdulillah dari blog aku cuma ada dua tiga orang saja sekarang dah 189 orang sudi follow.. =) 

    Blog aku neh pon biasa2 saja..tengok lah aku mana pasang nuffnang ka,heartbeat n bla bla bla...aku juz anggap blog tempat aku luahkan isi hati tak pon kongsi sesuatu dengan yang lain..so bila jadi macam sekarang aku rasa semacam gak lahh..tak baik taw buat macam tu..cuba follow orang tu dengan seikhlas hati ok..ok lah malas tulis panjang2 dah.. kalau ada yang terasa mintak maaf la ye.. ok baibai.. =)







    Best tak cita nora elena?

    Monday

    Assalamualaikum,
    hoiiiiiiii eh silap kasar pulak,err haiii
    orang2 kampung,orang bandar semua..hehe
    dah tidur ke? apa punya soalan sah2 semua orang
    tengah syok mimpi dah time2 camnie..hehe
    pagi2 buta update entry memang sah
     aku tak dak keja nak buat sekarang..ngeh3x..

    ok neh kira entry paling pendek aku nak buat..
    aku nak tanya cita Nora Elena tu best ka..??
    sana sini pakat cita pasal nora elena..!!
    aku je sampai sekarang sekali pon tak penah
    tengok lagi cita tu..yang kelakar nya petang tadi 
    macam mana entah aku boleh pi sebut dekat akak aku tajuk
    cita tu Maria Elena..khekhe..suka suki aku je main tibai
    sebut nama blogger pemes lagi cantek tuh..hehehe

    so tolong bagi tau aku jap syok tak cita tu..?
    kawan aku ada yang kata best..!!
    so nak pendapat korang pulak..
    kalau ramai kata syok esok baru aku
    dengan gigih nya akan pi usya dekat utube cari cita tu..hehehe
    ok baibai... =)



    RAHSIA WANITA

    Sunday

    Assalamualaikum,hye uolls..
    ok entry kali neh juz nak share 
    serba sedikit tentang orang pompuan ok..
    ramai jejaka2(ecece jejaka la sangat) di luar sana yang tak tahu 
    tentang insan b'gelar wanita..
    so apa salah nya aku share dekat korang yang lain..
    baca taw..hehe


  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

  2.  Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

  3.   Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

  4.  Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

  5.  Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

  6.  Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

  7.  Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

  8.  Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

  9.  Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

  10.  Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

  11.  Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

  12. Senjata wanita adalah airmata!!

  13.  Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

  14.  Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



  15. ok ney je untuk entry kali neh..
    sebenarnya ada 30 tentang rahsia wanita neh..
    tapi aku juz amik yang mana aku rasa nak je..hehe
    korang boleh tengok di bawah neh..


    ok baibai.. =)

    p/s: tulis entry sambil makan buah strawberry..nyum2..eh pelu ke bagi taw..hehehe

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Copyright © 2010 ✿ Bicara Hati✿
    Design by Princess Nabilah