Tips penjagaan rambut dengan cara yang betul..

Friday

Assalamualaikum, ok neh entry ke dua untuk hari neh..aku tak mau bila orang masuk blog aku terus baca entry pasal contest(maksud aku entry last aku) so aku kena update apa2 lah nak elak hal macam tu t'jadi..ngeee~
ok kali nie aku nak bagi tips sikit pasal penjagaan rambut dengan betul dan punca dia sekali..aku mengaku aku pon sekarang ada masalah rambut gak tapi bukan pasal kelemumur cuma rambut aku sekarang asyik gugur..tak tahu la apa punca.so meh baca kay..

terdapat tiga jenis rambut:

  • rambut b'minyak
    jenis rambut neh mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan b'minyak. basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut..apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.
  • rambut normal
    rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yg mengeluarkan minyak dengan cukup. rambut tidak cepat kotor dan mengembang. rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengembalikan kelembapnya.
  • rambut kering
    rambut jenis ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak.ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjer lemak sangat sikit dan kurang aktif. rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila di sikat. ini biasa berlaku apabila rambut di ikat kuat. terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.

    setiap wanita akan mengalami masalah rambut yg sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. namun ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah tersebut.
    kelemumur berlaku pada kulit kepala yg sudah mati, kering, dan bersisik. berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10% daripada keseluruhan kulit kepala. kelemumur bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. jangan bimbang ia adalah perkara normal. mungkin disebabkan perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai. biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yg serius. namun kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah.. keguguran rambut biasanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan kulat, bakteria atau menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan, diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat vitamin, dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, melurus atau kerintingkan rambut.

  • cara atasi rambut gugur
    jika rambut anda sering mengalami keguguran , ini bermakna rambut anda kering dan kurang vitamin E. Untuk mengatasi masalah ini, lumur minyak bijan pada kulit kepala sebelum tidur. syampu dan bilas dengan bersih pada keesokan hari nya.

  • jaga rambut dengan betul seperti:
  1. jangan terlalu kerap mewarnakan rambut.
  2. pastikan pewarna rambut tidak terkena pada akar umbi rambut kerna ini boleh merosakan skruktur rambut.
  3. dapatkan nasihat doktor sebelum mewarnakan rambut 
  4. pilih pewarna yg tiada bahan berbahaya kapada struktur rambut.
  5. setiap kali cuci rambut pastikan syampu benar2 bersih, kerna bilasan yg tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelumumur.
  6. urut kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan rambut.
  7. menyikat rambut ketika basah menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut menjadi kering.
  8. selepas bersyampu guna perapi rambut. tidak kira lelaki ataupon perempuan perapi rambut diperlukan  untuk melembapkan rambut.
  9. hindarkan rambut daripada terdedah kepada sinaran matahari kerana ini boleh merosakan struktur rambut.
  10. makan makanan berkhasiat , bersenam , jangan merokok dan minum minuman beralkohol.

    ok panjang bukan..penat baca..hehe..ala jangan mengeluh la apa salah nya kita menambah lagi ilmu pengetahuan dengan baca tips yg aku bagi neh..mana tahu nanti ada di antara yg baca neh mengalami masalah rambut..heee~  memandangkan aku sekarang mengalami masalah keguguran rambut apa la punca nya kan..ok memang zaman sekolah dulu aku asyik warna rambut aku..mby sekarang baru kena effect dia kot..dulu ok sekarang aku dah tak buat semua tu..err.. ok lah aku harap dengan tips yang tak seberapa neh boleh membantu masalah rambut yg korang alami sekarang..kay lahh aku stop di sini dulu..mata dah pedih sebab tak tidur dari semalam..kay baibai..


5 ulasan:

zOeY zAu YaH said...

siap ade tips lagik hihi..bgus2..saya dh siap follow.tq sbb mai blog saya.nice blog..pink gitu hihi

Nurul Syifa Aini said...

@zOeY zAu YaH

ahakzz.. akak cntek dtg folo blog sy..ska3.. tq taw.. =)

hamzah ian said...

aku botak.. hehehe

Nurul Syifa Aini said...

@hamzah ian

hehe botak lg snng...xyah ssh2 nak rsau dah..ngeh3x..

armouris said...

lagi info tentang keguguran rambut di SIHAT SELALU - Botak, Keguguran Rambut Masalah Keturunan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 ✿ Bicara Hati✿
Design by Princess Nabilah