tinggal lagi 5 hari je lagi =(

Thursday

Assalamualaikum,entry ke dua tuk hari ney..hehe ok aku sekarang tengah menghitung hari je tuk melangkah keluar dari rumah neh..ngee~  aku lari rumah? ehh bukan2 aku tak mungkin lari dari rumah..tapi aku nak pegi sambung belajar lah tak lama lagi(mmg tak lama la kan)..hehe

urmmmm...rasa takut pulak, sebab aku tak penah b'jauhan dengan mak ayah aku..lagi pon aku tak penah tinggal dekat asrama jadi aku tak biasa hidup dengan orang lain(maksud aku orang yg tak kenal)..aishhh macam mana la hidup aku lepas neh..semua segala hal nak kena urus sendiri. jangan baru sehari aku ada dekat sana aku nak nangis2 sudah la..khekhe..

sumpah weh aku memang tak leh kalau tak tengok muka mak ayah aku sehari..kalau mak aku ada krusus keja aku ok lagi..kalau nak suruh aku pegi tido rumah sedara aku jangan harap la kalau mak ayah aku tak da..aku ingat lg masa aku darjah 4 ke 5 entah(x engt) aku dengan akak aku kena tinggal dekat rumah sepupu aku sebab mak ayah aku nak pegi mana entah time tu(lupa gak)..time siang aku boleh gelak2 lagi mai time malam aku dah tak leh tido..akak aku dengan sepupu aku dah tido aku apa lagi mula buat konset air mata kasih(nangis diam2 sbb x nak yg len tahu).. n kalau tak silap aku seppu aku t'jaga kot dia tanya napa nangis aku kata aku nak balik..tolong kol mak ayah aku datang amik..mby time tu sppu aku dah tension gamak nya tgk aku dok nangis dia bwk aku g tempat fon rumah tu..time tu kecik lagi mana ada nset sendiri(tp zmn skunk darjah 3 dah ada nset,hebat adk2 skunk)..pagi2 buta kol ayah aku,lepas ayah aku angkat aku cakap "mai la amik adik, bila nak balik sini" aku ulang tanya benda yg sama..ayah aku pulak janji esok nak balik ok terus hepi..lap air mata terus masuk bilik tido..tunggu sok tak balik lagi aku kol lagi, mak aku pulak cakap sok balik..ok hari tu betul mak ayah aku balik tapi sebelum mak aku nak datang amik boleh bilang dengan jari jemari hingga ke jari kaki lah kan berapa kali aku kol..hahaha rasa nya melambung2 tak bil telefon rumah sppu aku tu??hehe tp yg buat aku lagi nak nangis mak aku sampai malas nak angkat dah kol aku sebab asyik tanya benda sama "dah sampai belum"..haha..sampai macam tu sekali kan aku neh..so bila dapat sambung belajar neh buat hari2 aku tido tak lena..asyik pikir benda sama..mcm mana kehidupan aku lepas neh..

sekarang tinggal 5 hari lagi..blog memang aku tak boleh nak jaga mcm selalu.padahal tak pegi belajar lagi pon blog memang terabai..hahaha...apa2 pon korang doa kan kejayaan aku ok..aku nak belajar sungguh2(mcm poyo tp lantak lah)..aku nak balas jasa mak ayah aku dengan kejayaan aku nanti..insyaallah..kay lah macam panjang pulak aku karang penat korang nak baca..ngee~ ok bai.. =)

sila lah rindu dengan sy nanti..hehe


p/s: yang baru datang terjah blog neh sudi2 la follow..hehe jgn risau wlaupon aku jarang update korang jgn mls nak follow n jengok blog aku pulak..haha


"GiveAway : "One Klik One Present by Lyssasecret"

Assalamualaikum,
ok kali neh aku nak join GA dari blog lyssa secret..


klik banner kalau nak join..


ok bai.. =)


Tips penjagaan rambut dengan cara yang betul..

Friday

Assalamualaikum, ok neh entry ke dua untuk hari neh..aku tak mau bila orang masuk blog aku terus baca entry pasal contest(maksud aku entry last aku) so aku kena update apa2 lah nak elak hal macam tu t'jadi..ngeee~
ok kali nie aku nak bagi tips sikit pasal penjagaan rambut dengan betul dan punca dia sekali..aku mengaku aku pon sekarang ada masalah rambut gak tapi bukan pasal kelemumur cuma rambut aku sekarang asyik gugur..tak tahu la apa punca.so meh baca kay..

terdapat tiga jenis rambut:

  • rambut b'minyak
    jenis rambut neh mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan b'minyak. basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut..apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.
  • rambut normal
    rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yg mengeluarkan minyak dengan cukup. rambut tidak cepat kotor dan mengembang. rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengembalikan kelembapnya.
  • rambut kering
    rambut jenis ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak.ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjer lemak sangat sikit dan kurang aktif. rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila di sikat. ini biasa berlaku apabila rambut di ikat kuat. terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.

    setiap wanita akan mengalami masalah rambut yg sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. namun ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah tersebut.
    kelemumur berlaku pada kulit kepala yg sudah mati, kering, dan bersisik. berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10% daripada keseluruhan kulit kepala. kelemumur bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. jangan bimbang ia adalah perkara normal. mungkin disebabkan perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai. biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yg serius. namun kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah.. keguguran rambut biasanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan kulat, bakteria atau menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan, diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat vitamin, dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, melurus atau kerintingkan rambut.

  • cara atasi rambut gugur
    jika rambut anda sering mengalami keguguran , ini bermakna rambut anda kering dan kurang vitamin E. Untuk mengatasi masalah ini, lumur minyak bijan pada kulit kepala sebelum tidur. syampu dan bilas dengan bersih pada keesokan hari nya.

  • jaga rambut dengan betul seperti:
  1. jangan terlalu kerap mewarnakan rambut.
  2. pastikan pewarna rambut tidak terkena pada akar umbi rambut kerna ini boleh merosakan skruktur rambut.
  3. dapatkan nasihat doktor sebelum mewarnakan rambut 
  4. pilih pewarna yg tiada bahan berbahaya kapada struktur rambut.
  5. setiap kali cuci rambut pastikan syampu benar2 bersih, kerna bilasan yg tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelumumur.
  6. urut kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan rambut.
  7. menyikat rambut ketika basah menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut menjadi kering.
  8. selepas bersyampu guna perapi rambut. tidak kira lelaki ataupon perempuan perapi rambut diperlukan  untuk melembapkan rambut.
  9. hindarkan rambut daripada terdedah kepada sinaran matahari kerana ini boleh merosakan struktur rambut.
  10. makan makanan berkhasiat , bersenam , jangan merokok dan minum minuman beralkohol.

    ok panjang bukan..penat baca..hehe..ala jangan mengeluh la apa salah nya kita menambah lagi ilmu pengetahuan dengan baca tips yg aku bagi neh..mana tahu nanti ada di antara yg baca neh mengalami masalah rambut..heee~  memandangkan aku sekarang mengalami masalah keguguran rambut apa la punca nya kan..ok memang zaman sekolah dulu aku asyik warna rambut aku..mby sekarang baru kena effect dia kot..dulu ok sekarang aku dah tak buat semua tu..err.. ok lah aku harap dengan tips yang tak seberapa neh boleh membantu masalah rambut yg korang alami sekarang..kay lahh aku stop di sini dulu..mata dah pedih sebab tak tidur dari semalam..kay baibai..


Contest Mata Menawan

Assalamualaikum,
yuhuuu selamat pagi dunia..hoho
rajin sungguh jari jemari aku taip pagi2 neh(xtido dari smlm)..
dah la tu update entry pasal contest pulak..
ahh gasak lahh aku tengah bosan sangat..
lagi pon aku di tag dari dak si nana neh..
aku sebenar nya dah malas nak join mana2 contest sebab
menang tak jugak..hahaha yala aku join contest yang nak
kena mintak tolong orang LIKE gambar kita..
friends dekat fb tu ribu++ gak dan nak mintak orang like 
memang senang tapi yang nak tolong tu lah 
belom tentu nak bantu kita..!!
ok fine aku terasa bab tu..hahaha... dan aku rasa contest neh tak perlu
guna bantuan orang lain untuk jadi pemenang jadi
 aku dengan bangga diri nak join..haha
kalau ada rezeki ada lah..ngeh3x..

klik banner kalau nak join.. =)

tetiba pulak fon aku boleh t'flash(ter  ok) tu yg nampak b'cahaya semacam..haha



^^ saya suka pakai contact lens kerana saya
akan t'senyum bahagia bila melihat mata saya yg sepet
 menjadi bolat(bulat) macam bola2 api..hehe.. ^^

ok bai.. kiss

p/s: sila abaikan muka aku yg dah tak macam rupa orang sebab baru balik dari mana entah time neh..!!




Untung ada dusun buah sendiri bila musim tak payah susah2 nak beli..!!

Tuesday

Assalamualaikum,hye awak,awak semua.. fuhh lama gak tak update blog..bukan sengaja tapi tak da apa2 yang best tuk di kongsi kan..hehe.. nampak tak tajuk entry aku kali neh, panjang bukan main lagi kan..hahaha.. ok minggu lepas mak ayah aku ada balik kampung sebab nak balik g amik buah yang dah masak sebab tok aku kata buah manggis dengan durian dah masak..ada yg dah jatuh ke tanah (betul kan owg kata jatuh ke tanah)..so mak2 n pak2 sedara aku ada yang dah balik amik buah dah..aku tak ikut balik sebab ada hal time tu..aku neh memang dah lama mengidam(mcm owg mengandung plk main ngidam2 bagai) nak makan buah durian dengan pulut.. aku suruh ayah aku beli buah durian mak aku tak kasi kata tunggu ja musim dia nanti balik kampung p kutip makan puas2.. err syifa makan durian?  eeuww!! ahh sudah tak payah nak eeuww sangat la.. aku memang suka makan durian ok..!!  yang tak suka tu pegi jauh2..heee~  tapi aku kadang2 hangin jugak bila dah beli  isi dalam dia ada yang tak masak la,isi dia rosak la..erghhh tension betul!! dah la mahal pastu isi tak elok,luar ja nampak menarik..!! ok2 dah malas nak tulis pasal durian tak elok tu..sakit hati je bila ingat..!!

B'balik pada cita asal..memandang kan aku tak ikut aku tunggu dekat rumah ja la mak ngn ayah aku balik..haiyaaa mak ngn ayah aku neh kalau balik kampung mesti lepas isyak baru nak b'tolak balik..aku dah la lama ngidam buah durian tu..apa boleh buat sabar je la..tik tok tik tok(bunyi jam) dekat pukul 10.30 gak mak ayah aku sampai..aku terus pegi dekat keta ayah aku tengok banyak mana bawak balik buah..dan penantian aku b'akhir bila nampak buah durian2 tu.. banyak jugak ayah aku bawak balik..buah manggis pon sama..nyum3..hehe  dan aku apa lagi tak kan tengok ja terus angkat buah durian tu tuk di kopek..malam2 makan durian, ahh gasak lah janji aku dapat makan..hehe..fuhh isi dia memang cantik n sedap la..biasa la durian kampung,bukan durian bandar..ngeh3x..macam tak da kena mengena ja..hahaha.. nak tunjuk gambar durian aku tak tangkap pulak..tapi gambar buah manggis ada..akak aku makan time tu..aku kata kupas la nak tangkap gambar nak letak dekat blog(hampa tengok pulon ka dak aku neh)hahaha... ada aku kisah..ngeh3x.. 

tadaaaaa itu buah manggis bukan durian..
saja nak gitaw kot2 ada yang buta buah ka..haha 

ha tengok2 puteh gebu ja kan isi buah manggis tu..

terliur tak tengok buah manggis2 tu..haha


ok tu ja aku nak tunjuk tuk entry kali neh..haha..t'bukti aku sebenarnya tak dak idea nak update blog selalu macam yang lain2..neh ja la yang aku mampu tayang..haha..tapiiiiiiiiii lepas neh lagi jarang kot aku nak update blog sebab...tak pa lah nanti2 ja lah aku bagi tau..aku tengah menghitung hari ja..sob sob T___T..crying
kay lah kang melimpah ruah pulak air mata aku ke dalam gandum..hoho panjang umur jumpa lagi..baibai.. kiss

apa yang tersirat di hati insan bernama lelaki

Saturday

Assalamualaikum,selamat malam semua..malam2 camnie tak da buat apa so nak update la blog neh..entry sebelum neh aku tulis pasal follow lah seikhlas hati anda,aku ada tulis kan followers aku dah 189..jap je lepas tu dah cukup 190,esok nya aku tengok balik dah jadi 189 balik..sob sob.. :'( mungkin ada yang tak suka kot cara aku tulis tu..urmmm..tak pa lah,abaikan je lah...

Ok hari tu aku ada tulis entry pasal rahsia wanita kan..so hari neh aku nak share pulak apa yang tersirat di hati insan b'nama lelaki pulak..hehe..aku dapat info neh pon dari kawan aku..entah lah mana dia ambik,aku tak tanya pulak..apa yang aku boleh kata bagi kaum hawa di luar sana t'masok lah diri aku sendiri kalau korang sudah b'jumpa dengan seseorang yang korang yakin boleh membahagia kan korang n b'tanggungjawab jangan lah lepas kan lagi orang seperti itu lagi ok.jangan menyesal kemudian hari..mungkin lepas si dia b'lalu pergi belum tentu korang akan dapat orang sebaik dia sebelum neh..kalau ada apa2 masalah  selesaikan dengan cara baik,jangan buat keputusan terburu-buru bila rasa seolah2 p'hubungan korang tidak dapat di selamatkan lagi..so meh kita baca sama2 apa yang t'sirat di dalam hati insan b'nama lelaki..uhuhu..

  1. kecantikan korang diketepikan , keikhlasan korang diutamakan..
  2. apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya..
  3. si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. ( tidakkah korang teharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi korang,itu membuktikan cintanya begitu kuat pada korang.)
  4. sentiasa menghiburkan hati korang dikala gundah. sentiasa b'sungguh melakukan sesuatu untuk korang.
  5. jangan korang anggap teman lelaki korang seorang yang kuat membebel,sekiranya setiap masa cuba memberi korang nasihat. ingat nasihat b'maksud mengingati..
  6. jika sudah sayang macam2 akan korang fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan nya. begitu juga jika teman lelaki korang menyatakan dia selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan korang. ini b'makna dia selalu fikirkan bagaimana untuk menyelamatkan nya dari berakhir begitu saja.
  7. ada juga lelaki yg cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yg diperkatakan nya tidak di ambil perhatian,lebih2 lagi dari orang yg dia sayang. bagi nya korang b'sikap acuh tiak acuh. hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu ,tambahan pulak sekiranya korang boleh menjadi pendengar setia apabila b'sama orang lain. pasti dia merasakan diri nya tidak b'guna pada korang..
  8. lucu tapi itu lah hakikat nya apabila teman lelaki korang berperangai tidak ubah seperti anak2 kecil semata2 untuk mendapat perhatian daripada korang..si dia mahu b'manja dan inginkan kekasih hati nya melayan nya lebih daripada orang lain yang pernah korang sayang. kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah korang memujuknya..
  9. korang hadapi masalah dan orang pertama yg datang membantu korang adalah teman lelaki korang. ( tandanya dia tidak mahu melihat korang susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.)
  10. sekiranya teman lelaki korang  sentiasa bertanya kan soalan yang sama , " you masih sayang i?" jangan anggap itu satu soalan yang membosankan. itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang korang kepadanya menjadi luntur. sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar korang tahu betapa si dia sentiasa mahu korang ingat korang sudah dimiliki oleh nya.
  11. bila si dia tidak suka korang memakai pakaian seksi,ia b'makna dia tidak suka korang diperhatikan lelaki lain walaupon berlengan pendek..
  12. dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengan nya..
  13. kalau ditinggalkan oleh kekasihnya,ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasih nya kembali kepadanya.. =)
  14. dia tidak suka korang keluar malam, tanda ingin mnjaga pandangan orang terhadap korang..
  15. dia tidak akan berlaku curang kepada kekasih nya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasih nya. dan yang terakhir
  16. dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasih nya.. =) 
    dah habis baca..? penat tak..hehe kita berhenti coffee dulu.. ok dah.. so apa pandangan korang lepas baca di atas tu..mesti rasa nak miliki laki yang macam tersebut bukan..hehe dan yang paling penting  HARGAILAH lelaki dan terima lah mereka seadanya.. berilah diri korang peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.. ok lah neh je untuk entry kali neh.. apa2 on kalau ada salah n silap harap di maaf kan ok..huhu.. kay baibai.. =)


    follow lah seikhlas hati anda.. =)

    Thursday

    Assalamualaikum,ehh jap2 jangan lah tekan [x] tiba2 dengar lagu keluar dari blog neh.. yela2 aku taw tak ramai yang suka masuk blog yang ada lagu neh.. :'( memekak kata nya...!! tapi neh aku letak radio ok..
    ok lahh tu bukan satu lagu je b'kumandang..huhu

    Ok b'balik pada cerita asal aku agak tak puas hati lah dengan sesetengah orang tu.. korang datang tegur lepas tu kata konon2 dah follow blog aku,pastu korang nak aku follow balik..ok aku neh bukan la jahat sangat sampai tak follow blog orang lain.ramai dah blogger2 lain aku dah follow blog dorang.. tapi jangan lah tulis kata dah follow tapi bila aku tengok dekat followers aku orang yang sama je tak da (+) pon followers..aku tiap2 hari ok tengok siapa yang datang follow blog aku..so bila ada yg kata dah follow tapi sebenarnya tak
    aku hangin gak lah..korang buat2 kata dah follow dengan harapan orang akan follow balik..kan tak 
    elok buat macam tu..aku pon tak ada masalah nak follow blog orang lain,dulu masa awal2 ada blog tujuan aku sebab suka2 saja..tengok kawan2 ada blog aku pon nak.dan alhamdulillah dari blog aku cuma ada dua tiga orang saja sekarang dah 189 orang sudi follow.. =) 

    Blog aku neh pon biasa2 saja..tengok lah aku mana pasang nuffnang ka,heartbeat n bla bla bla...aku juz anggap blog tempat aku luahkan isi hati tak pon kongsi sesuatu dengan yang lain..so bila jadi macam sekarang aku rasa semacam gak lahh..tak baik taw buat macam tu..cuba follow orang tu dengan seikhlas hati ok..ok lah malas tulis panjang2 dah.. kalau ada yang terasa mintak maaf la ye.. ok baibai.. =)







    Best tak cita nora elena?

    Monday

    Assalamualaikum,
    hoiiiiiiii eh silap kasar pulak,err haiii
    orang2 kampung,orang bandar semua..hehe
    dah tidur ke? apa punya soalan sah2 semua orang
    tengah syok mimpi dah time2 camnie..hehe
    pagi2 buta update entry memang sah
     aku tak dak keja nak buat sekarang..ngeh3x..

    ok neh kira entry paling pendek aku nak buat..
    aku nak tanya cita Nora Elena tu best ka..??
    sana sini pakat cita pasal nora elena..!!
    aku je sampai sekarang sekali pon tak penah
    tengok lagi cita tu..yang kelakar nya petang tadi 
    macam mana entah aku boleh pi sebut dekat akak aku tajuk
    cita tu Maria Elena..khekhe..suka suki aku je main tibai
    sebut nama blogger pemes lagi cantek tuh..hehehe

    so tolong bagi tau aku jap syok tak cita tu..?
    kawan aku ada yang kata best..!!
    so nak pendapat korang pulak..
    kalau ramai kata syok esok baru aku
    dengan gigih nya akan pi usya dekat utube cari cita tu..hehehe
    ok baibai... =)



    RAHSIA WANITA

    Sunday

    Assalamualaikum,hye uolls..
    ok entry kali neh juz nak share 
    serba sedikit tentang orang pompuan ok..
    ramai jejaka2(ecece jejaka la sangat) di luar sana yang tak tahu 
    tentang insan b'gelar wanita..
    so apa salah nya aku share dekat korang yang lain..
    baca taw..hehe


  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

  2.  Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

  3.   Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

  4.  Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

  5.  Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

  6.  Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

  7.  Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

  8.  Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

  9.  Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

  10.  Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

  11.  Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

  12. Senjata wanita adalah airmata!!

  13.  Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

  14.  Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



  15. ok ney je untuk entry kali neh..
    sebenarnya ada 30 tentang rahsia wanita neh..
    tapi aku juz amik yang mana aku rasa nak je..hehe
    korang boleh tengok di bawah neh..


    ok baibai.. =)

    p/s: tulis entry sambil makan buah strawberry..nyum2..eh pelu ke bagi taw..hehehe

    Nak menegur tu tak salah tapi biar kena dengan cara nya..!!

    Thursday

    Assalamualaikum,
    selamat pagiiiiiii dunia..!! hehe 
    wahhh pagi2 update blog dah tu tajuk
     nak jugak panjang..ngeh3x..

    ok baru2 neh kecoh dekat blog2 pasal 
    sorang budak yang berani mati mengaku 
    sudah tiada dara.. dan yang pasti orang2 di luar 
    sana mula menegur tak kurang jugak ada yang
    memaki hamun budak tu.. tadi aku saja cari fb 
    budak tu tapi yang jumpa fan page dia.
    agak sedih ye tengok bila ramai orang mula
    maki hamun budak tu.. ok fine apa yang aku
     nak tulis neh bukan lah aku nak bela, atau
    setuju dengan apa yang budak tu dah buat..
    cuma aku jadi kesian gara2 satu kesilapan(tak 
    pasti berapa banyak kesilapan bdk tu) yang budak
    tu buat ada yang sanggup pegi buat page guna nama 
    budak tu siap letak gambar budak tu n tulis macam2...
    ada jugak yang berani kata dah bunuh diri n sah2 murtad..!!
    ya allah kenapa la sampai macam tu sekali..
     ok mungkin kesilapan dia sebab tulis n bagi tahu
     secara terang2 tentang keadaan diri dia..
    dia masih budak2 lahh.. mby dia ingat blog ney ibarat diari dia..
    luahkan segala benda yang berlaku dalam hidup dia dalam blog..
    dan mungkin masa dia tulis semua tu tak ada siapa2 yang
    mengenali dia.. tiba2 baru sekarang benda macam tu jadi kecoh..
    mungkin ada yang sengaja cuba nak p'besarkan2 hal tu..
    kita bukan tahu apa yang dia alami n rasa sekarang..
    kita tak boleh terus menghukum dia macam tu saja..
    bila korang guna kan bahasa yang kasar budak tu
    lagi memberotak n tertekan.. bila dia post lagi
    dekat blog dia korang mula kata budak tu "tak makan saman",
    "tak boleh terima teguran n bla bla".. tapi cuba korang
    belek n baca balik apa yang korang tulis tu..
    ok fine ya memang ada yang menegur cara yang baik,
    tapi ramai jugak yg seolah2 menyimbah minyak ke api yang marak..
    aku neh pon bukan la matang lagi sebab umur aku pon baru 18..
    budak2 yang nak membesar kalau boleh masa nak menegur
    biar dengan cara yang lembut..!! aku kata ney b'dasarkan 
    dari diri aku sendiri.. aku bila di tegur cara kasar lagi aku
    memberontak..!! tapi bila ada yang cakap baik2 dengan
    aku, aku mula dengar n ikut apa yang di nasihat kan tu.!!
    so apa kata korang yang di luar sana cuba gunakan bahasa 
    yang lagi sopan bila b'depan dengan situasi macam tu..!!
    nasihat elok2.. kalau rajin n baik hati bagi ceramah 
    t'baik punya..!! aku sendiri pon masih cuba p'baiki diri aku neh..

    yang pasti aku sangat2 tidak setuju dengan cara
    orang di luar sana cuba nak menegur dia tapi
    menggunakan bahasa kasar..!! tu bukan nak menegur
    tapi lebih kepada seolah2 kau nak tunjuk diri kau sempurna 
    di mata orang bila berjaya memalukan lagi budak tu..!!
    dan kalau boleh hapuskan lah page2 yang di buat tu..!!
    tak kesian ke tengok budak tu di hina orang di luar sana,,!!
    ok apa kata korang tukar tempat yang alamai semua sekarang neh
    ADIK,KAKAK,SEPUPU PEREMPUAN,atau ANAK PEREMPUAN
    korang sendiri..apa perasaan korang bila orang yang korang kenal
    di malu kan,di hina,di kutuk,di keji sampai macam tu sekali..
    MALU kan,SAKIT HATI kan..!! macam tu la bdk tu rasa 
    bila korang malu kan dia sampai mcm tu sekali.. 
    siapa kita nak tentukan SYURGA atau NERAKA buat
    seseorang tu..!! aku tegas kan sekali lagi ok
    aku bukan nak bela apa yang budak tu buat betul..
    aku sekadar nak luahkan rasa tidak senang dengan cara orang lain
    menjatuhkan hukuman pada budak tu macam tu saja..
    so korang fikir2 kan lah.. apa korang still nak tengok 
    budak tu terus hanyut atau nak di selamat kan..
    ok lah aku rasa macam panjang pulak aku membebel neh..
    ok jumpa lagi di lain entry.. baibai.. 

    p/s: mintak maaf pada yang rasa cara aku tulis neh pon macam tidak betul atau keterlaluan..aku manusia biasa
    tak lepas dari kesilapan..!! 
    p/ss: TIADA SIAPA YANG SEMPURNA DI DUNIA INI..

    yang pasti tiada siapa pon yang nak berada di lorong yang gelap~
    (paham2 sendiri lahh yew)

    Nie yang buat aku tak nak tengok dah.!

    Wednesday

    Assalamualaikum,
    perhh tajuk nak panjang jugak..ngeh3x hee hee
    ok sebenarnya entry ney lebih kepada tidak puas hati
    aku pada cerita indo yang sekarang tengah hot dekat 
    astro tu.. cerita apa.. mestilah cerita CINTA MELODY..!! big grin

    alolo sweet je kan tengok dorang dua ney. love struck

    ha cerita ney ha yang aku tak puas hati..!! angry
    aku start follow cerita ney dari episod satu lagi.. cool
    memang best r..tambah2 pulak hero cerita tu
    hensem..ngeh3x t'serlah kegatalan aku..haha laughing
     meh tengok gambar2 hero cerita tu..hehe 

    aishhh hensem kan..muka nak ala2 jambu batu gitu..haha kiss

    moga mimpi aku ada wajah mu..wakaka lebih2 pulak aku.. blushing

    perhhh berapa banyak aku nak promot muka
    dia neh..hehe tongue

    ney heroin cerita tu..cantik kan..umur baru 19 tahun..
    lain kan muka dia dalam cerita tu dengan dalam
    gambar ats neh..huhu happy

    ok2 b'balik pada tajuk asal aku nak tulis neh..
    aku dah jumpa ending cerita tu.. dan aku sangat2
    tidak suka ok pada ending cerita tu..frustrated cinta dengan orang lain
    tupp,tupp kawen dengan orang lain.. ape ke he pulak
    jadi macam tu..I don't know sepatut nya biar lah Elang dengan Melody
    b'satu memandangkan mereka ada anak..!!
    tapi melody kawen dengan rafi tu pulak..broken heart 
    tak suka,tak suka lahh..err aku pulak t'lebih emo
    padahal ney cuma lakonan je..ngeh3x..
    yang pasti aku tak suka ending cerita tu..
    aku yang tengok sakit hati pulak..huhu 
    korang yang tak tengok n tak tahu lagi
    ending cerita tu meh tengok sini..!


    hurmmm korang yang minat cerita cinta melody 
    moh leww tengok.. ok lah aku rasa cukup setakat ney
    dulu kang aku tulis panjang2 macam nak buat skrip pulak..haha..
    kay baibai korang... big hug

    Sakai 1st GIVEAWAY

    Assalamualaikum,
    ok tak mo cakap banyak aku juz
    nak buat apa yang patut je..
    aku join GA dari blog nie pulak..

    klik banner kalau nak join..

    aku tag semua orang lahh ye..
    memandangkan kawan2 aku tak ramai yang ada blog.
    yang ada pon memang tak aktif.. =)
    sekian terima kasih.. 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Copyright © 2010 ✿ Bicara Hati✿
    Design by Princess Nabilah